Monday, 27 October 2014

Rahsia Sebenar Permakanan Sunnah

Assalamualaikum..
Hari ni nak share satu rahsia pengambilan makanan Sunnah. Artikal ini di tulis oleh Wirdatul Jannah Mohamad dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tak pasti samaada pelajar ataupun pensyarah.
Jom baca,.. Semoga bermanfaat.
————————————————————–♥—————————————————————–
Masa berganti hari, minggu berganti bulan dan tahun.Tanpa disedari, fenomena pengambilan makanan yang kurang baik untuk kesihatan semakin berleluasa. Adakah ini menunjukkan kita lupa dan alpa akan makanan Sunnah junjungan kita Muhammad SAW? Yang penuh dengan khasiat tersirat dan baik untuk kesihatan serta pelancaran organ dalaman.Kadangkala kita sering leka dan tidak mengambil peduli terhadap makanan yang diambil. Tidak menilai dari aspek kualiti dan kesannya kepada diri yang akan menempuh kehidupan yang kita sendiri tidak tahu pelbagai mehnah dan ujian menanti di hadapan.
Terfikirkah kita, apakah rahsia disebalik khazanah berharga ini?Ya,mungkin ramai juga yang mengamalkan pengambilan makanan Sunnah ini tetapi tidak ramai yang meneroka dan menyingkap kelebihan serta rahsia disebaliknya. Seperti yang kita ketahui antara makanan Sunnah yang boleh diamalkan dalam pemakanan kehidupan seharian kita adalah seperti Buah Kurma, Kismis, Madu, Buah tin, Buah zaitun, buah delima, buah apricot, kacang badam, za’faran, dan banyak lagi. Kesemua makan Sunnah di atas pula dipecahkan lagi dengan pelbagai jenis dan aneka rasa.Kadangkala dicampurkan makanan tersebut di dalam masakan, kek, air dan juga dimakan begitu sahaja.
Fakta Kelebihan Makanan Sunnah
Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu dan cakna akankelebihan disebalik makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk organ dalaman seperti membantu melancarkan penghadaman makanan dan pelancaran peredaran darah.Disamping itu, setiap makanan Sunnah tersebut ada kelebihannya tersendiri.
1. Buah kurma/tamar
Kurma dapat membantu pelancaran proses peredaran darah, mencegah serangan stroke, baik untuk ibu yang hamil dan bersalin.Seperti yang dinyatakan di dalamayat al-Qur’an tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayyidatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam. Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah S.A.W bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.
Selain itu juga, diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan”.Bahkan buah kurma juga mampu menghindarkan seseorang itu daripada gangguan syaitan, sihir dan yang seumpama dengannya. Sebagaimana Rasulullah S.A.W telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:”Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar. Selain itu,membantu merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma tersebut.
2. Buah kismis
Sebagaimana kurma, kismis juga ada kelebihannya tersendiri.Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT.Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Disamping membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6, kismis juga mengandungi zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.Nabi Muhammad SAW bersabda:“Biasakanlah memakan kismis
kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. Di tambah lagi,“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Kelebihan Kismis Yang Dikenalpasti:
Membantu meningkatkan memori dan hafalan, memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan.Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar, melindungi hati, memperbaiki ton dan keanjalan kulit, melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi bagi kanak-kanak.Selain itu membantu menguatkan hafalan, menajamkan mata, minda dan menambah fahaman serta minat belajar khususnya bagi pelajar.
Secara umumnya, ia membantu memulihkan keletihan saraf, membantu mengurangkan stress, merawat penyakit hysteria, penyakit anemia, merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. Jika hendak dijelaskan satu persatu amatlah banyak kelebihan setiap satu makanan Sunnah Rasulullah S.A.W yang boleh diamalkan dalam pemakanan sehari-harian.
Kajian Pakar Terhadap Kismis
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.
“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.“Berlainan dengan kismis, kerana ia, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan”.
Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.
3. Buah tin
Fakta sains menjelaskan bahawa buah tin dari jenis (Carica Ficus), di Maroko dan negara-negara Afrika Utara lainnya, buah ini dikenal dengan sebutan “karmouss” dan karena keberadaanya yang banyak tersebar di pesisir Laut Tengah, maka buah ini banyak sekali disebutkan dalam literatur-literatur sejarah kuno dan sebagaimana juga disebutkan pada kitab-kitab samawi.
Fakta Sains Dan Hadist
Dalam fakta sains modern menjelaskan bahawa cairan tin yang dicampurkan pada banyak ramuan-ramuan medical memiliki kemanjuran tinggi. Oleh karena itu nabi Muhammad SAW mengomentari buah ini dalam salah satu Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dardaa, bahwasanya telah dihidangkan kepada nabi sebuah menu dari buah tin, maka nabi mengajak sahabat-sahabatnya menyantapnya bersama, beliau lalu bersabda: “Jika aku mengatakan ada buah yang turun dari langit, maka buah inilah (menunjukkan buah tin)”.
Ibn Alqayyim dalam bukunya “ath-Thib Annabawi” mengomentari riwayat hadits diatas: “Menguji kemanjuran pengobatan nabi sebagai tersebut dalam hadits ini, dapat dirilis beberapa teori. Pada zaman dahulu kala, buah tin telah banyak dipakai untuk kepentingan medis, tokoh-tokoh kedoktoran period awal juga seperti Ibn Sina telah banyak mengetahui buah tin mempunyai banyak faedah medis…”
Kelebihan Buah Tin
Melaluiperubatan traditional pada dekad terakhir ini juga telah mengenal kemujaraban tin, dimana dianggap secara medis menyembuhkan berbagai penyakit seperti mengubati luka-luka, borok, flu burung, mag, gangguan sirkulasi mensturasi dan luka bakar. Disamping itu, buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C. Dan mengandungi garam pokok seperti: Kalsium, fosfor, zat besi yang membangun pertumbuhan badan dan pembangkit tekanan darah. Selain itu, kandungan buah tin juga kaya dengan serat, kalium, dan magnesium yang dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi serta mampu mengurangi berat badan. Oleh karena itu Buah tin sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.
Dengan lebih jelas, di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulama’ di bumi Syam as Syarif, mentafsir surah at Tin yang mana penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan. Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:
1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
4. Menyegarkan badan yang lesu.
5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
6. Rawatan buasir.
7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.
8. Rawatan penyakit GOUT.
Justeru, Allah SWT menyebutkan beberapa jenis buah dan tumbuh-tumbuhan di dalam al-Qur’an, menyebutkan buah tin sekali saja pada surah at-Tin. Surah terakhir ini merupakan surah satu-satunya mengambil judul nama tumbuhan, berbeza dengan surah yang bertema binatang yang banyak menjadi judul surah-surah al-Qur’an seperti: (Al-Baqarah = Sapi betina, an-Naml = semut, an-Nahl = lebah, al-’Ankabuut = laba-laba dan al-Fiil = gajah).
Dari keterangan diatas menegaskan bahawa tin merupakan buah yang sangat dahsyat, memiliki kegunaan medis yang sangat banyak. Menurut Ibn al-Qayyim al-Jouzi lagi bahawa: “Mengingat tin tidak terdapat didaratan Hijaz dan kota Madinah, serta langkah penyebutannya dalam sunnah, kerana lahan tin memang tidak serasi dengan lahan kurma. Akan tetapi, Allah Bersumpah di dalam al-Qur’an demi tin karena manfaat dan kegunaannya yang sangat banyak itu…” Maka Ibn al-Qayyim berkesimpulan bahwa yang dimaksud ayat sumpah adalah buah tin yang telah dikenal luas itu.
 4. Madu
Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima.Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal.Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia.Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.
 Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.
Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat-Nya kepada semua manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain. Sabda Rasulullah S.A.W:
1)“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
2)“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.
3)“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapatmengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.
4)“Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.
Tambahan lagi, madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurukan suhu badan dan banyak lagi. Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.
Namun, agak menyedihkan apabila ramai dikalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafien tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai merbahaya kepada kesihatan manusia.
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan berbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada berbagai penyakit, mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah dalam surah an-Nahl:
“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalanTuhanmu yang telah dimudahkan.Daripada perut lebah itu keluar minumanmadu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubatmenyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)
Begitu juga, Rasulullah SAW bersabda : “Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dari hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesehatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat.Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada berbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Khasiat Madu Yang Terbukti
Madu mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia. Mana kala bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan, dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer, sumber laxative yang natural dan lembut. Ia juga merupakan sumber utama vitamin dan mineral yang kaya, sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Selain itu juga, mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersih dan menambah darah.
Madu juga baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental, menyembuh dengan segera cirit-birit, mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. Secara umumnya ia membantu menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. Selain membantu menyembuhkan penyakit, ia juga membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid dan baik untuk perempuan mengandung serta bersalin.
5. Delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud:
“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Justeru, ia digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
Selain itu, delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. Ia juga boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Beberapa kajian lainmenunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
Dalam sebuah hadith Mauquf dan Marfu’, Rasulullah SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk buah syurga. “Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”. Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah bersabda yang artinya, “Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad). Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima, “Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya”.
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud: “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”. Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.
Maka disini kita dapat lihat bahawa setiap makanan Sunnah Rasulullah S.A.W itu memiliki kelebihan dan rahsianya yang tersendiri untuk kebaikan dan kesihatan tubuh badan manusia. Selaras dengan Firman Allah SWT dan Hadith Nabi S.A.W di atas yang menjelaskan peranan dan kepentingan buah atau makanan tersebut. Banyak lagi makanan sunnah yang mempunyai kelebihan yang tidak kita ketahui secara terperinci.
Oleh itu Tanggungjawab bersama untuk melatih diri mengamalkan pengambilan makanan Sunnah Rasulullah S.A.W yang memberi kesan positif untuk tubuh badan serta minta kita dalam menjalani kehidupan seharian. Seperti kata pepatah melayu “Mencegah lebih baik daripada mengubati”.

Kurma dan Khasiatnya

Ada hikmah secara saintifik kenapa pohon kurma wujud di tanah yang tandus.
Kurma cukup sinonim dengan Ramadhan yang bakal kunjung tiba dalam beberapa hari lagi. Pada bulan inilah jualan buah kurma menjadi paling laku.

Tetapi tahukah anda kita tersilap jika hanya mengamalkan makan kurma ketika bulan puasa. Sepatutnya, kita perlu memastikan stok buah kurma sentiasa ada dalam rumah kita. Kenapa?

Pertamanya dan utamanya, memakan kurma bererti menghidupkan sunnah pemakanan. Banyak hadith menyebutkan kepentingan makan kurma dalam pelbagai keadaan. Contohnya, Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 biji buah kurma sebelum sarapan, maka tidak ada sihir ataupun racun yang boleh mengganggunya pada hari itu." (HR Al-Bukhari)
Begitu juga sabda baginda  tentang mengambil kurma ketika bersahur:
"Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah dengan kurma." (HR Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi. Sanad hadith ini sahih.)
Ketika berbuka, dan ini sudah menjadi amalan masyarakat. Anas  menyebut:
"Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamr), jika tidak ada tamr maka minum dengan satu tegukan air." (HR Ahmad, At-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah. Sanad hadith ini sahih.)
Tetapi rugilah jika menterhadkan pengambilan kurma hanya ketika berbuka dan bersahur. Ini kerana selain mendapat pahala menghidupkan sunnah pemakanan Rasulullah , ada manfaat besar daripada kurma daripada segi kesihatan.

Antara komposisi nutrisi tertinggi buah kurma ialah potassium (K). Dalam data United States Department of Agriculture (USDA), sebiji kurma didapati mengandungi kira-kira 696 mg potassium, iaitu 16% daripada komposisi nutrisi keseluruhan buah. Ini suatu jumlah dan peratusan potassium yang sangat banyak bagi sebiji buah yang kecil!

Apa manfaat potassium? Potassium akan menurunkan paras sodium (Na) dalam darah. Sodium merupakan garam dalam badan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan keperluan hidrasi (terasa dahaga dan ingin banyak minum air). Jadi dengan berkurangnya paras sodium kerana pengambilan potassium, tekanan darah boleh berkurang dan kita boleh menjadi kurang dahaga.

Sebab itu ada hikmahnya kurma direzekikan Allah  di padang pasir di mana manusia kerap dahaga dan perlukan banyak air. Subhan-Allah. Sebab itulah juga ada hikmah di sebalik hadith di atas yang menyebut, sebaik-baik juadah sahur adalah dengan kurma, kerana kurma boleh mengurangkan rasa dahaga yang kerap menjadi kesusahan bagi orang yang berpuasa.

Selain itu, terdapat banyak lagi zat-zat penting dalam kurma yang tidak sempat saya sebutkan kerana terlalu banyak. Anda boleh mencarinya sendiri. Pokoknya, jangan hanya terhadkan kurma pada bulan Ramadhan semata-mata. Hidupkan sunnah pemakanan kurma pada bila-bila masa, agar anda dapat pahala berusaha menghidupkan sunnah di samping beroleh manfaat kesihatan yang besar

Sunday, 26 October 2014

Amalan Sunnah Terbaik Untuk Ibu Hamil


Kebaikan Makanan Sunnah Ketika Mengandung dan Bersalin~

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan BersalinAdalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.


2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Sunnah Nabi Sepanjang Hari



“Sollallahu a’la Muhammad.. Sollallahu a’laihi wasalam..”
Bergema di seluruh pelusuk dunia dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hari ini 12 RabiulAwal, bertepatan dengan hari lahirnya baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bukan majlis sambutan yang kita inginkan, tetapi semangat perjuangan Nabi SAW yang perlu diambil. Sambutlah ‘maulidur rasul’ setiap hari! Moga hidup diberkati.
Bagaimanakah cara untuk mengingati junjungan besar kita ini? Adalah setahun sekali berarak di tepi jalan sambil berselawat sahaja? Atau pun apabila ada pihak menghina Nabi? Senang sahaja, setiap hari kita mampu lakukannya. Saya ingin berkongsi dengan anda..

SUNNAH DI KALA SUBUH
Di sepertiga malam, seorang insan bangun mengambil wuduk dan terus mengangkat takbir membesarkan Allah SWT. Dimulakan dengan solat sunat taubat, solat hajat, solat tasbih, solat tahajud dan solat witir.
Nabi Muhammad SAW sangat memberatkan solat di sepertiga malam kerana ianya mempunyai terlampau banyak kelebihan dari solat di waktu lain. Pernah diriwayatkan bahawa kaki dan lutut Nabi SAW membengkak kerana terlalu lama bersolat malam. Di waktu inilah Allah SWT mencari hamba-hamba-Nya yang meminta keampunan dan hajat daripada-Nya.
Inilah sunnah Nabi yang agak sukar untuk diamalkan kerana lemahnya iman. Bayangkan ramai manusia ketika itu senang lena dibuai mimpi, pasti ianya adalah waktu line tidak sibuk dengan Allah (bukan waktu kemuncak). Ibarat service telefon di tengah malam : murah, tidak sesak dan message cepat sampai.
“Allahu Akbar.. Allahu Akbar”.. berkumandanglah azan subuh yang memanggil dan mengejutkan manusia menyembah Allah.. Sunnah di kala subuh pula..
Di antara sunnah yang dapat diamalkan ketika ini ialah bersolat jemaah di masjid. Sebelum itu, amalkan solat sunat sebelum Subuh kerana pernah Nabi bersabda bahawa solat 2 rakaat sebelum Subuh adalah lebih baik dari dunia dan seisi-isinya.
Selepas solat Subuh, jika berkelapangan, bolehlah duduk sahaja di masjid berzikir sampailah ke waktu syuruk, seperti hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Muaz Bin Anas Al-Juhaini yang berbunyi :
“Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa selesai solat Subuh kemudian duduk di tempat duduknya, tidak bercakap-cakap kecuali kebaikan kemudian bersembahyang sunat Isyrak 2 rakaat, Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya walaupun lebih banyak daripada buih-buih di lautan”
Waktu subuh adalah permulaan bagi kehidupan sepanjang hari. Jika baik subuhnya, maka baiklah keseluruhan harinya, Insya-Allah.. Sesuatu yang mudah tapi sukar untuk dilakukan. Moga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita disamping kita berusaha ke arah itu.

SUNNAH DI WAKTU PAGI

Seperti burung-burung mencari rezeki di awal pagi, begitu juga kita manusia yang berlumba-lumba mencari rezeki Allah di muka bumi-Nya. Nabi SAW mengajar kita untuk mendapatkan keberkatan dalam proses mencari rezeki.
Tidak susah, hanya melapangkan masa selama 10 minit sahaja untuk menunaikan SOLAT SUNAT DHUHA. Solat ini selalu ditamsilkan sebagai medium menarik rezeki. Selalunya, bagi mereka yang bersolat dhuha ini memperoleh rezeki yang berkat dan mudah, (berkat bukan bererti banyak sahaja), tetapi rezeki itu memberi kebahagiaan dan manfaat kepada penerimanya.

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurang 2 rakaat dan boleh juga dilakukan mengikut kemampuan diri, hendak buat banyak-banyak pun tak apa. Mudah sahaja sebenarnya, tapi kita yang buat susah dan berat, Nauzubillah. Ada satu lagi sunnah Nabi SAW berkenaan pagi ini, iaitu jangan tidur selepas subuh kerana dapat menyekat rezeki. Lihat sahaja jika tidur selepas Subuh, sarapan pagi pasti terlepas atau bersarapan di waktu tengah hari.
SUNNAH DI TENGAH HARI
Sunnah di tengah hari ini pasti ramai yang menyukainya dan kadang-kadang kita tidak sedar bahawa ianya adalah satu sunnah. Iaitu tidur, tetapi bukan tidur nyenyak sampai terlajak waktu zuhurnya.

Tidur lebih kurang 15-20 minit sudah memadai untuk memberikan kecerdasan kepada badan. Kajian di beberapa buah negara mendapati tabiat tidur di tengah hari meningkat prestasi negara. Tetapi diingatkan sekali lagi, tidur seketika bukan tidur sampai ke petang. Tidur sekejap ini bertujuan untuk memudahkan kita untuk bangun bertahajud pada keesokkan harinya.
SUNNAH KETIKA MAKAN
Allah SWT Maha Pemurah. Di waktu kita makan pun Allah memberi ganjaran pahala dan Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita sunnahnya. Secara umumnya, sunnah Nabi SAW ialah “makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang”.

Sebelum dan selepas makan disunatkan kita membaca doa. Senang sahaja, kanak-kanak tadika boleh baca takkan kita tidak boleh kan? Selain itu juga, Nabi mengajar kita supaya mengamalkan makan berjemaah ataupun dikenali sebagai makan talam. Makan cara ini agak sukar dipraktikkan sekarang kerana kita terbiasa makan dengan pinggan sendiri tetapi apabila ada peluang makan dalam talam, JANGAN LEPASKAN PELUANG!!
SUNNAH KETIKA TIDUR
Hidup kita seharian terbahagi kepada 3 bahagian. Iaitu beribadat, bekerja dan TIDUR. Allah SWT Maha Pemurah kerana memberi pahala juga kepada hamba-Nya yang tidur. Tetapi ada syaratnya.

Antara sunnah Nabi Muhammad SAW yang dapat kita amalkan ialah :
1) Berwuduk sebelum tidur.
2) Perut tidak terlalu kenyang (untuk mudah bangun subuh)
3) Muhasabah diri
4) Membaca 3 kul
5) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
6) Membaca doa tidur
7) Tidur dengan cara Nabi – mengiring ke kanan.
SUNNAH NABI SEPANJANG HARI
Mengingati Nabi junjungan kita bukan hanya apabila Maulidur Rasul bertandang tiba. Sebenarnya cara hidup Nabi sedang berlegar di sekeliling kita tanpa kita sedari. Sunnah Nabi ini banyak kelebihan dari segi pahala dan saintifik sendiri. Jadikanlah ‘Maulidur Rasul’ setiap hari dalam kehidupan kita!

Kami ummatmu tidak pernah melihat wajahmu. Ya Allah.. Jadikan kami ummatnya yang mengikut sunnah baginda agar mendapat syafaat di akhirat sana dan menzahirkan kecintaan kami kepada Nabi junjungan.

Wednesday, 22 October 2014

Kurma: Antara Sains dan Sunnah

Buah kurma merupakan sejenis buah-buahan yang tidak asing lagi bahkan cukup sinonim dengan masyarakat Muslim seantero dunia. Kebiasaannya buah kurma mendapat permintaan tinggi terutama apabila tibanya bulan Ramadhan dimana seluruh umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Amalan memakan buah kurma merupakan suatu sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam hadith-hadith. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Anas bin Malik yang berkata: “Adalah Nabi (SAW), tidak berangkat menuju musolla kecuali baginda memakan beberapa biji kurma, dan baginda memakannya dalam jumlah bilangan ganjil.” (Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu bersih lagi membersihkan. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Amalan berbuka Rasulullah SAW menggambarkan kurma itu banyak khasiatnya, terutama untuk badan yang keletihan selepas sehari berpuasa. Kajian sains terkini turut memperakui kelebihan buah kurma yang mengandungi kebanyakan nutrien penting yang diperlukan badan. Sesetengah pihak turut mendakwa buah kurma mampu mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit.

Pada asasnya, kurma mengandungi gula yang mudah diserap badan, memberikan tenaga segera dan berpanjangan untuk menjalankan aktiviti harian atau sembahyang tarawih pada malam hari sepanjang Ramadan. Kandungan serat yang tinggi di dalamnya pula melambatkan rasa lapar ketika berpuasa, dan mempercepatkan rasa kenyang ketika berbuka supaya kita tidak makan secara berlebihan. Kelebihan ini menjadikannya buah yang amat sesuai dimakan ketika bersahur atau berpuasa.

Kurma

Kajian saintifik seluruh dunia mendapati kurma bukan sahaja mengandungi jumlah karbohidrat (gula) yang tinggi malahan turut mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat (yang baik untuk usus) dan bermacam-macam lagi. Kurma juga didapati mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium. Buah ini turut mengandungi kalium yang khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.

Setiap 100 gram kurma kering mengandungi 50 IU vitamin A, 0.09 miligram (mg) tiamin, 0.10 mg riboflavin, 2.20 mg niasin, serta 666 mg kalium. Kesemua nutrien penting ini berfungsi membantu membebaskan tenaga yang cukup, menjaga kesihatan kulit dan saraf serta membantu fungsi jantung. Diet yang ditambah buah kurma dikatakan dapat membakar kalori berlebihan badan dengan setiap biji kurma mampu mengurangkan sebanyak 3,470 kalori.

Kurma dan produk berasaskan kurma sering dikaitkan dengan pencegahan, malahan rawatan sesetengah penyakit kronik badan. Ini berikutan jenis dan jumlah nutrien di dalam setiap buah kurma memainkan peranan di dalam membantu fungsi badan berjalan lancar. Sebagai contoh, serat di dalam kurma bukan sahaja melambatkan rasa lapar dan mempercepatkan rasa kenyang. Kandungan serat yang tinggi turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan.

Kurma juga dikaitkan dengan peranan membantu meningkatkan fungsi sistem badan, sekaligus mencegah penyakit melalui:

1. Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan risiko sakit jantung.

2. Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.

3. Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.

4. Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.

5. Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis di samping menyihatkan sel darah merah.

6. Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.

Melihatkan kandungan nutrien dalam setiap biji buah kurma dan khasiatnya untuk kesihatan, diet yang ditambah buah kurma amat disarankan, bukan hanya pada bulan Ramadan, malahan bila-bila masa sahaja. 

Kelebihan buah ini juga bukan hanya untuk dinikmati umat Islam tetapi semua bangsa di Malaysia, tidak mengira agama atau usia patut mencubanya. Beberapa pihak juga dilihat telah mula mengambil langkah mempelbagaikan cara hidangan kurma sama ada dalam masakan atau sebagai jus buah. 

Ini diharapkan dapat meningkatkan diet buah kurma di negara ini supaya khasiat dan kelebihannya dapat dinikmati ramai dan bukan hanya dinikmati pada masa tertentu sahaja. Kurma banyak kelebihannya dan bukan hanya untuk Ramadan semata-mata.

source

Amalan Rasulullah S.A.W. Di Waktu Pagi

Amalan Rasulullah S.A.W Di Waktu Pagi

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1/s403x403/1462913_283457591779537_764884873_n.jpg

1. Membaca istighfar sebanyak 100x

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah aku berada di pagi hari (antara terbit fajar hingga terbit matahari) kecuali aku telah beristighfar pada Allah sebanyak 100 kali.” (HR. An Nasa’i)

2. Membaca surat Al Ikhlas, Al Falaq, dan An Naas masing-masing sebanyak 3x

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Membaca Qul Huwallahu Ahad (Surah Al Ikhlas) dan Al Muwa’idzatain (Surah Al Falaq dan An Naas) ketika pagi dan petang  sebanyak tiga kali akan mencukupkan kamu dari segala sesuatu).” (HR. Abu Daud )

Jom sama-sama kita jadilah amalan Rasulullah S.A.W. sebagai amalan kehidupan kita. Semoga Allah memberkati hari kita dan memudahkan segala urusan.  Aamiin..

source